Siakap Keli
Kredit Foto: Families Online

Jangan Lepaskan Peluang 12 Waktu Terbaik Untuk Peluk Anak, Dah Besar Pun Mesti Buat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa sangat penting ketika anak-anak sedang membesar. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Anak-anak yang diberi perhatian secukupnya oleh para ibu bapa kebiasaannya akan menunjukkan sifat yang baik apabila mereka telah meningkat dewasa.

Pelukan seorang ibu dan seorang bapa mampu menghilangkan tekanan buat anak-anak. Bukan hanya kepada anak-anak kecil sahaja, namun pelukan daripada ibu bapa juga mampu meredakan tekanan kepada anak-anak yang telah meningkat dewasa.

Banyak kebaikan yang diperolehi jika para ibu bapa sering memeluk anak-anak sejak kecil sehingga mereka dewasa. Ikuti perkongsian daripada Parent Connect untuk mengetahui waktu terbaik serta kebaikan yang diperolehi jika mengamalkan amalan memeluk anak ini.

Jangan berhenti memeluk anak-anak baik lelaki atau perempuan.

Pelukan ayah ibu dapat meredakan ledakan emosi yang dialami anak. Apabila anak-anak mengalami ‘temper tantrum’ atau tekanan, anak menghadapi masalah dengan regulasi emosi. Pelukan mengurangkan hormon stres (cortisol) dan menaikkan hormon kasih sayang (oxytoxin) yang meredakan emosi.
Bukan itu sahaja, pelukan anak-anak juga dapat meredakan tekanan yang sedang dialami ayah dan ibu.

Kredit Foto: Facebook

Jika dari kecil diamalkan, tidak ada sesiapa yang akan merasa kekok. Jika baru hendak bermula, teruskanlah, tidak ada salahnya. Tidak haram bagi ibu memeluk anak lelaki dan tidak haram bagi ayah untuk memeluk anak perempuan.

Jika ada yang melarang ayah dari memeluk anak perempuan dan sebaliknya, itu bermakna orang yang melarang itu mungkin pernah mengalami pengalaman yang tidak elok dengan ayahnya atau dengan lelaki dewasa rapat dalam keluarganya. Oleh itu nasihat tersebut tidak releven untuk keluarga normal dan harmoni seperti keluarga anda.

Peluklah anak lelaki dan anak perempuan anda. Itulah cara termudah dan termurah untuk membina ‘connection’ pada zaman di mana kita sering sibuk terkejar-kejar masa.
Pelukan tidak menjadikan anak lelaki lembik, sebaliknya ia memberi kekuatan dalaman kepada mereka.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Sumber: Parent Connect

Siti Natrah Jusof

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.