Siakap Keli

Lelaki Ini Dapat Jimat Masa Travel Guna Kereta, Ini 7 Tips Penting Sewa Kereta Di Eropah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi yang mengunjungi negara Eropah, memandu kereta bukanlah perkara yang rumit malah ianya menjadikan sebuah pengalaman yang hebat dan menarik walaupun pemanduan pada sebelah kiri.

Menerusi kongsian Wafi Shaik di akaun Facebook miliknya, beliau berkongsikan beberapa tips yang boleh anda gunakan sebelum menyewa kereta di Eropah.

Tidak dinafikan negara-negara Eropah khususnya di Western Eropah mudah untuk travel backpacking dengan menaiki public transportation. Akan tetapi mengembara secara roadtrip memberikan anda satu pengalaman menarik lain daripada yang lain.

Jimat masa, mengenali sesuatu negara lebih mendalam, feel free untuk stop di mana-mana destinasi diinginkan dan yang pastinya lebih flexible mengikut “travel pace” masing-masing.

Berikut adalah 7 travel tips ringkas sewa kereta di Eropah:

1. SEWA KERETA DI SYARIKAT YANG TERKENAL

Diantara syarikat sewa kereta ataupun “Rental Car” yang terkenal di Eropah seperti SIXT, HERTZ, BUDGET, EUROPCAR, ALAMO dan pelbagai lagi.

Dinasihatkan mengambil syarikat car rental yang ternama sebegini kerana diantara faedahnya ialah kaunter pickup kereta ialah di Airport. Manakala yang kurang terkenal, anda perlu pickup kereta di office mereka yang berada di luar airport. Dan ada sesetengah itu tidak tawarkan free pickup dari airport. Nak pergi office pun kena naik teksi, kena bayar lagi.

Juga faedah lain yang anda dapat ialah jikalau anda menghadapi kecemasan ketika roadtrip, anda tidak perlu risau kerana syarikat terkenal ini mempunyai office di seantero Eropah.

Sebagai contoh, anda sewa kereta di Paris, France. Dan ketika anda membuat road trip di Western Eropah, kereta secara tiba-tiba rosak di Zurich, Switzerland. Anda boleh terus call saja company tersebut dan mereka akan tolong anda. Cawangan company “giant” dan terkenal ini ada di mana-mana. Selalunya mereka akan menggantikan kereta anda yang rosak dengan kereta baru. Tiada masalah!

2. BAWA INTERNATIONAL LICENSE, PASSPORT DAN KAD KREDIT UNTUK TEMPAHAN

International License penting, ia diminta di office car rental untuk pengesahan yang anda boleh drive di Eropah. Lagi-lagi cara pemanduan di Eropah ialah LEFT HANDED. Jikalau anda nak right handed, sewa kereta di London ataupun negara UK dan bawalah bersama ke negara-negara Eropah.

Lesen Malaysia diterima di sesetengah syarikat sewa kereta, untuk lebih selamat bawa International License. Boleh dibuat di pejabat JPJ yang berharga RM150 untuk satu tahun pengunaan.

Hampir keseluruhan syarikat sewa kereta menerima KAD KREDIT sahaja. Hanya beberapa syarikat sahaja yang menerima kad debit. Sangat sedikit syarikat yang menerima kad debit di Eropah. Untuk mengelakkan risiko tidak boleh menempah kereta, gunakan KAD KREDIT.

3. WAKTU TERBAIK BOOKING KERETA SEWA ADALAH 1- 6 BULAN SEBELUM TRIP BERLANGSUNG

Waktu yang terbaik untuk menyewa kereta ialah 1-6 bulan sebelum trip. Satu bulan sebelum masih okay lagi, jangan LAST MINUTE seperti beberapa hari sebelum kerana harganya akan naik melambung tinggi.

Expect harga lebih mahal berbanding bulan yang lain iaitu ketika peak Season Eropah seperti dari bulan April(Musim Bunga) dan June sehingga August(Musim Panas).

4. BANDINGKAN HARGA SEWA DI APPS THIRD PARTIES

Pelbagai pilihan syarikat rental cars yang anda boleh pilih, cara terbaik untuk membezakan harga ialah melalui third parties.

Apakah apps ataupun website untuk third parties?

Diantaranya ialah SKYSCANNER, HOLIDAY AUTOS, RENTALCARS dan pelbagai lagi. Boleh download di apps store ataupun google store, direct website pun boleh. Anda juga boleh membuat booking di apps third parties ini.

Cuma dinasihatkan untuk urusan insurance, anda ambil secara terus di syarikat sewa kereta ketika tarikh pickup, bukan third parties. (Dihuraikan mengapa di point yang ketiga)

Anda boleh bandingkan harga sewa kereta segalanya di dalam apps third parties ini. Banding-banding harga seperti beli flight. Mudah bukan?

5. AMBIL INSURANCE FULL PROTECTION KETIKA PICKUP, BUKAN KETIKA BOOKING ONLINE

Ini adalah tricky part apabila anda booking online. Point ini khususnya ketika membuat booking kereta di third parties. Ketika anda membuat booking, third parties akan offer full protection. Nasihat aku, reject dan skip terus. Kerana proses insurance ini lebih mudah jikalau kita directly ambil ketika pickup nanti.

Mengapa direct ketika pickup lebih mudah?

Ini kerana jikalau ada apa-apa kerosakan pada kereta, segala urusan akan dilakukan secara direct dengan company kereta yang anda sewakan. Jikalau anda ambil third parties, proses akan menjadi lebih complicated. Anda perlu dahulukan duit dahulu dengan company yang anda sewakan, seterusnya baru claim di third parties.

Mengapa perlu bersusah-susah sedangkan ada jalan penyelesaian yang lebih mudah?

6. JANGAN KEDEKUT AMBIL FULL INSURANCE, JAMINAN DEPOSIT ANDA DITURUNKAN.

Perkara ini sangat penting dan aku titilberatkan ketika sewa kereta. Ini kerana ada sesetengah yang hanya mahu “murah dan gamble”.

Tiada salahnya untuk berfikiran sedemikian, tetapi beringatlah dalam urusan sewa kereta diminta untuk berfikir panjang.

Ini kerana apabila kita tidak ambil insurance ataupun protection, segala calar balar walaupun sedikit tetap dikira dan anda perlu bayar! Mereka sangat teliti dalam mencari kesalahan jikalau anda tidak ambil full protection.

Pernah sekali aku sewa kereta tidak mengambil insurance di Amsterdam, Belanda. Ketika aku pulangkan kereta, selepas dibuat spot check, hanya terdapat DUA CALAR MANJA di pintu kereta driver. Kerana dua calar sahaja yang aku anggap kecil, aku perlu bayar on the spot didalam 250 Euro. Non-negotiable.

Tidak ke aku sewa kereta menjadi lebih mahal kerana tidak ambil insurance full protection?

Jangan kedekut untuk spend insurance full protection harganya didalam 5-20 Euro satu hari mengikut saiz kereta yang anda sewa. Apabila kita travel, kita tidak tahu apa yang terjadi sepanjang perjalanan. Ambiklah full protection, jikalau kereta anda hancur ke hilang side mirror sekalipun, anda tidak perlu pening kepala untuk membayar kembali. Keselamatan diutamakan.

Jaminan Deposit sewa kereta juga menurun sebanyak 40-80%. Daripada dikenakan sebanyak 1500 Euro deposit untuk sewa kerana tidak ambil insurance, turun sehingga 200 Euro sahaja kerana anda ambil insurance full protection. (Kecuali anda travel di Iceland, tiada amount deposit dikenakan)

Berjimat apabila perlu, jangan menyesal di kemudian hari.

7. SUBSCRIBE EMAIL UNTUK TAWARAN DISKAUN

Untuk mengejar tawaran diskaun sewa kereta, anda boleh subscribe email di third parties ataupun terus di website syarikat sewa kereta.

Pernah sekali aku dapat satu hari 3 pounds sewa kereta di Manchester, pickup dan drop off di tempat sama.

Pelbagai diskaun ditawarkan oleh mereka jikalau anda subscribe. Dah tahu tentang ni jangan lupa subscribe ya 😉

Maka point-point diatas adalah 7 Tips Penting Sewa Kereta di Eropah. Semoga ia memberi manfaat kepada anda semua yang berkeinginan travel ke bumi Eropah.

Pelbagai memori yang indah ketika aku membuat roadtrip bersama teman-teman mahupun keluarga di Eropah. Diantaranya berhenti makan di perhentian tepi gunung alps Switzerland disaluti salji yang mempersonakan. Memang kenangan terindah.

You should try sekali seumur hidup. Once you experience it, confirm nak repeat punya.

Jangan lupa untuk SHARE post ini untuk kebaikan semua!

Wafi Shaik
Traveller Tegar
Sebati pemanduan di Bumi Eropah

Sumber: Wafi Shaik

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)