Siakap Keli

IKEA Gesa Pembeli Pulang Balik ‘Cawan Beracun’

IKEA telah mengeluarkan penarikan semula segera cawan mereka, TROLIGTVIS berikutan bahan kimia yang berisiko memberi kesan kepada perkembangan saraf.

“IKEA menggesa semua pelanggan yang mempunyai cawan jenama TROLIGTVIS bertanda ‘Made in India’ untuk berhenti menggunakannya dengan serta-merta dan mengembalikannya ke mana-mana cawangan IKEA untuk bayaran balik secara penuh.”

IKEA turut menambah, “Laporan ujian terbaru menunjukkan bahawa produk boleh memindahkan tahap bahan kimia melebihi had yang dikehendaki.”

“Semua jenis produk IKEA sentiasa diuji dan mematuhi piawaian dan undang-undang berkenaan.

“IKEA baru-baru ini menerima laporan ujian menunjukkan bahawa cawan perjalanan boleh memindahkan tahap Dibutyl phthalate (DBP) melebihi had yang disyorkan.”

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul,” kata IKEA.

Ini adalah butir-butir lengkap produk yang ditarik balik:

  • TRUMPIGTVIS perjalanan cawan dalam merah jambu – nombor artikel 004.433.28
  • TROLIGTVIS cawan perjalanan di beige – nombor artikel 504.124.47
  • TROLIGTVIS perjalanan cawan dalam biru – nombor artikel 204.291.85

Sumber: Mirror UK

Nur Farra