Siakap Keli
Sumber: Video Running man

(Video) Ramai Berdekah, Jee Seok Jin Tiktok Lagu Melayu Dengan ‘Awek’ Indonesia

Siapa tak kenal dengan artis paling berusia dalam rancangan aneka ragam Korea Selatan, Running Man. Ya, Jee Seok Jin yang berusia 53 tahun ini sebenarnya mempunyai karakter lucu yang tersendiri membuatkan ramai yang tidak kering gusi melihat telatahnya di rancangan tv tersebut.

Terbaru, satu perkongsian dari laman rasmi Running Man apabila Seok Jin semakin aktif membuat video di aplikasi TikTok membuatkan ramai yang terhibur.

Video yang berdurasi 15 saat itu dikongsikan semula mendapat lebih 500 000 ribu tontonan dengan 26.7K ulang kicau dan 23,5K tanda suka. Lagi yang berjudul Izinkan nyanyian duet artis Indonesia menjadi lagu untuk Seok Jin ‘Tiktok’.

Untuk mereka yang bertanya ini benar atau tidak, ini memang legit guys, korang boleh semak profil Tiktoknya.

Walaupun hanya 15 saat, gaya miming Seok Jin benar-benar ‘semangat’ dengan gaya sebutan seolah-olah tepat dengan lirik berkenaan.  Ramai yang menonton video ini terhibur dengan telatah Seok Jin.

 

Sumber: Running Man

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)