Siakap Keli

Kereta Guna Lorong Kecemasan ‘Gelabah’ Bila Nampak Kereta Peronda Polis

Terperangkap dalam kesesakan jalan raya sememangnya ingin dielakkan oleh semua pemandu. Namun begitu, disebabkan itu juga terdapat segelintir pengguna jalan raya yang  mengambil kesempatan untuk menggunakan lorong kecemasan.

Umum telah mengetahui bahawa lorong kecemasan tidak boleh digunakan oleh kenderaan orang awam dan hanya dikhaskan untuk tujuan kecemasan. Pemandu yang menggunakan laluan berkenaan boleh dikenakan saman jika sabit kesalahan.

Melalui satu rakaman yang tular, beberapa buah kereta yang menggunakan lorong kecemasan dilihat ‘menggelupur’ apabila terdapat sebuah kereta peronda polis di laluan yang sama. Menerusi rakaman itu, empat buah kereta seakan tergesa-gesa untuk memasuki lorong awam selepas melihat terdapat kereta polis di hadapan.

Sebuah kereta yang berwarna kelabu dilihat terus memasuki lorong di tengah selepas kereta peronda itu bergerak ke laluan kecemasan. Kemalangan hampir berlaku apabila kereta-kereta tersebut nyaris berlanggar sesama sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu-pemandu tersebut dan sepatutnya mereka dikenakan saman.

“Patut tahan je. baru diaorang serik”

“Daripada lorong kecemasan, terus ambil lorong yang betul”

Sumber: Friends of 999 Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra