Siakap Keli

Shopee Dakwa Koronavirus Tak Hidup Terlalu Lama Pada Barangan Tidak Bernyawa

Koronavirus yang melanda hampir seluruh dunia termasuklah Malaysia ketika ini ternyata membimbangkan masyarakat di negara ini. Virus yang bermula dari negara China ini telah menimbulkan pelbagaikan kerisauan dan masalah.

Namun bagaimana pula dengan barangan dari China? Adakah ianya bahaya? Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru kepada semua untuk menggunakan tisu yang dibasahkan dengan losen ‘hand sanitizer’ dan lapo barangan yang baru sampai tersebut.

Terkini, pihak Shopee(MY) juga mengeluarkan satu kenyataan untuk tidak merisaukan para pembeli melalui aplikasi membeli belah atas talian tersebut.

Menurut petikan ini, barangan yang datang dari China mengambil masa selama 24 jam dan Koronavirus tidak kekal lama serta tidak akan hidup pada barangan tidak bernyawa.

Mereka juga memberitahu pengguna bahawa segala tatacara pencegahan telah dilakukan dengan rapi.

  1. Barangan dari China akan ditransitkan ke dalam gudang untuk sesi penyahkuman setiap hari.
  2. Pekerja diperiksa dengan teliti sebelum masuk ke dalam gudang tersebut.
  3. Kesemua pekerja diwajibkan untuk memakai topeng dan ‘sanitize’ sebelum uruskan barangan tersebut.

Pihak Shoppe menegaskan bahawa mereka akan meneruskan pemantauan tentang perkembangan berkaitan barangan tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya untuk menjamin keselamatan semua.

 

Sumber: Twitter Shoppe

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang