Siakap Keli

Jack Ma Derma RM57 Juta Untuk Hasilkan Vaksin Koronavirus

Jack Ma, pengasas Ali Baba dan lelaki terkaya di China telah mendermakan RM57 juta ($14 juta)  melalui organisasinya untuk membantu mencari vaksin bagi coronavirus Wuhan.

Jutawan itu telah memperuntukkan sebanyak 40 juta Yuan bagi dua organisasi penyelidikan kerajaan China menurut kiriman yang telah dimuat naik di laman media sosial Organisasi Jack Ma.

Selain itu, menurut yayasan tersebut sisa dana akan digunakan untuk menyokong langkah pencegahan dan rawatan.

Derma atau dana itu diikuti dengan pengumuman yang dibuat oleh Ali Baba pada hari Sabtu yang telah menyediakan sebanyak 1 bilion Yuan untuk membeli bekalan perubatan untuk Wuhan dan wilayah Hubei, pusat wabak virus.

Syarikat ini juga telah menawarkan kuasa pengkomputeran Al percuma kepada organisasi penyelidikan saintifik untuk menyokong pencarian vaksin atau rawatan.

Ali baba adalah salah satu daripada banyak syarikat teknologi China yang menderma dana untuk usaha merawat koronavirus.

Antara syarikat yang turut menyumbang dana ialah pembuat telefon pintar Huawei , syarikat e-dagang Tencent ( TCEHY ) , mesin carian Baidu ( BIDU ) , pemilik TikTok ByteDance dan firma penghantaran makanan, Meituan-Dianping.

Para saintis di Amerika Syarikat dan China adalah antara mereka yang bekerja untuk mencipta vaksin.

Namun menurut Dr. Anthony Fauci, pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit mungkin mengambil masa selama lebih daripada satu tahun untuk menyiapkan vaksin  tersebut.

Sumber : CNN

Nurul Alia Ali