Siakap Keli

(Video) Cara Pemakaian Topeng Muka Mengikut World Health Organization (WHO)

Penggunaan topeng muka bagi mengelakkan dijangkiti virus sememangnya merupakan langkah yang sewajarnya. Pun begitu, ramai yang tidak peka terhadap cara pemakaian topeng muka yang sebenar.

Pemakaian topeng muka dengan betul adalah sangat penting kerana kegagalan memakainya boleh menyebabkan virus berpotensi untuk merebak. Menerusi satu perkongsian di Facebook, Seto Wing Hong daripada Hong Kong University telah membuat praktikal cara pemakaian topeng muka.

Perkara pertama yang perlu diberi perhatian adalah memilih alat perlindungan yang tepat. Menurut Seto Wing, topeng muka seperti yang dipegangnya adalah topeng yang berkesan menghalang virus daripada terjangkit.

Tambahnya, bahagian luar yang berwarna biru kalis ais. Bahagian putih pula adalah disebelah dalam di mana ia berfungsi untuk menyerap. Ketika pengguna batuk, bakteria yang dilepaskan akan terus diserap oleh topeng tersebut dan bakteria tidak akan tersebar di udara.

Cara pemakaian yang betul adalah dengan meletakkan bahagian keras di sebelah atas supaya ianya dapat dibentukkan pada tulang hidung. Selepas dipasang, pengguna hanya perlu menarik bahagian bawah sehingga ke dagu.

Perkara penting lain yang perlu diberi perhatian adalah cara untuk menanggalkan topeng muka tersebut.

Menurut Seto Wing, pengguna perlu faham bahawa topeng muka akan tercemar selepas digunakan dan sebaiknya tidak disentuh.

Oleh itu, cara yang betul ialah dengan menanggalkan dan terus membuangnya. Adalah lebih baik untuk mencuci tangan selepas menyentuh topeng muka yang dipakai.

Sumber: QuickTake by Bloomberg

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra