Siakap Keli

(Video) Tular Aksi Tangkas 2 Polis Tumpaskan Suspek Serang Lelaki Dipercayai Bermotifkan Dendam

Satu video rakaman yang menunjukkan kejadian samun di sebuah bilik pameran jualan kereta menjadi tular di media sosial.

Menurut pihak polis, kejadian didakwa berlaku di sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Puchong, Selangor kira-kira jam 5 petang pada 24/1/2020 lalu.

Ketika kejadian, suspek yang tidak dikenali telah masuk ke dalam premis mangsa dan menyerang mangsa dengan menggunakan satu batang besi panjang dan kemudiannya bertindak merampas sebuah beg milik mangsa.

Walau bagaimanapun, dua orang anggota polis dari Balai Polis Puchong Jaya yang secara kebetulan sedang meronda kawasan tersebut berjaya menahan dua orang suspek.

Menurut siaran media yang dikeluarkan oleh pihak polis, hasil siasatan lanjut yang dilakukan, pihak polis kemudiannya berjaya menahan suspek ketiga di Kuala Lumpur.

Melalui kenyataan tersebut, motif kejadian dipercayai disebabkan dendam dalam urusan perniagaan.

https://www.youtube.com/watch?v=M_XOvK_q6gI

Sumber: Polis Daerah Serdang

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.