Siakap Keli

3 Sebab Kenapa “Snacking Time” Perlu Untuk Si Ibu Yang Sedang Hamil

Bagi wanita kehamilan adalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat menjalani ujian kehamilan sehingga disahkan doktor diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Antara perkara yang sering ditekankan oleh mana-mana pihak kepada wanita hamil sudah tentunya penjagaan makanan mereka sewaktu kehamilan. Mengekalkan kesihatan rahim dengan memakan makanan yang sihat penting untuk ibu-ibu mengekalkan kesihatan bayi dari sebarang masalah kesihatan.

Bagi ibu hamil makanan ringan juga perlu diambil terutamanya ketika sedang melakukan kerja yang memerlukan banyak tenaga seperti mengemas rumah. Penjagaan makanan yang teratur ini boleh mengurangkan nafsu makan seseorang itu. Ini tiga sebab mengapa ibu hamil perlu mengambil makanan ringan untuk mengisi waktu lapang mereka.

  1. Mengelakkan Obesiti

Dengan pengambilan makanan secara teratur, ia boleh menjadikan diet pemakanan anda ketika hamil dapat dikawal. Pada kebiasaannya ketika hamil, nafsu makan seseorang itu akan bertambah dan menyebabkan pelbagai jenis makanan diambil untuk mengisi kekosongan perut yang ada. Almaklumla makan untuk dua orang. Walaupun anda perlu mengisi perut untuk dua orang, itu tidak bermakna anda boleh mengambil pelbagai jenis makanan yang berlebihan dan tidak terkawal.

2. Mengurangkan Risiko Pedih Ulu Hati

Jika sebelum hamil anda pernah mengalami masalah kesihatan pedih ulu hati, gastrik dan sebagainya. Oleh itu, Penjagaan makanan perlu dititik beratkan untuk mengelakkan masalah itu berulang ketika hamil. Mereka yang mengalami masalah ini, biasanya kerana tidak makan.

Pengambilan makanan ringan setidaknya mampu mengelakkan masalah seperti itu berlaku. Malah ia boleh meneutralkan asid perut supaya tidak tebal. Perubahan hormon dan pertumbuhan janin juga boleh menjejaskan kesihatan ibu yang hamil jika tiada penjagaan yang betol.

3. Mengatasi Rasa Mual Dan Muntah

Bagi mereka yang mengalami simptom alahan yang teruk ketika diawal kehamilan seperti loya-loya dan muntah-muntah, pemilihan makanan ringan yang tepat boleh membantu mengurangkan rasa loya yang ada.

Buah-buahan dan sayur-sayuran antara makanan ringan yang baik untuk kesihatan terutama ibu mengandung kerana ia baik untuk kulit serta pencernaan. Malah pengambilan jus juga baik untuk ibu mengandung. Kandungan vitamin C yang tinggi, mampu meningkatkan daya tahan untuk membantu ketika proses kehamilan.

Sumber: Tribunnews

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)