Siakap Keli
Foto: Video Facebook

“Reaksi Wanita Itu Seperti Pernah Kecewa Dan Disakiti, Harap Dia Temui Ketenangan” – Harith Iskander

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang wanita ‘mengamuk’ selepas keretanya di tunda oleh pihak berkuasa tempatan. Difahamkan melalui video tersebut, wanita ini meletakkan kenderaan miliknya di tempat yang tidak sesuai.

Susulan daripada itu, seorang pengguna Facebook memuat naik satu kiriman di mana menjelaskan keadaan wanita tersebut semasa bertindak kasar kepada pihak berkuasa. Dalam perkongsiannya juga memohon orang ramai untuk membantu wanita ini.

“Kongsi dan bantu”

Saya pelik kenapa ada komen bash seolah-olah macam aku bagi greenlight such acts with alasan depression. No no no. Kalau langgar undang-undang salah tetap salah.

Korang salah faham dah ni. Saya cuma cerita disebalik tabir kehidupan akak ni dan sebab kenapa dia meletup seperti ‘neraka’ macam tu sejak ramai gelak-gelakkan dia sedangkan dia dalam kondisi yang sangat sengsara. Bukan nak bagi tau kalau depresi, anda boleh buat sesuka hati.

Bagaimanapun, pemilik akaun Facebook ini meminta kerjasama semua orang untuk ambil tindakan terhadap yang tular tersebut.

Tidak ketinggalan juga, selebriti tanah air, Harith Iskander memuat naik satu status di laman Instagram mengenai video yang tular tersebut.

Kesihatan mental merupakan isu yang paling utama…

Dalam kenyataan yang diberi oleh Harith, beliau mendakwa reaksi yang diberikan oleh wanita ini seperti tidak sihat dan percaya ia biasanya disebabkan oleh kekecewaan dan keperitan sepanjang hidupnya.

Beliau juga berharap wanita ini mendapat ketenangan yang dicari. Kesihatan mental adalah satu isu yang boleh menjejaskan sesiapa sahaja.

Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan wanita itu. Semoga kesihatan wanita itu sentiasa berada pada tahap yang baik.

 

Sumber: Harith Iskander, Francis Ngu Hown Hua

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)