Siakap Keli

Genap 5 Tahun Pemergiannya, MB Terengganu Kongsi Nasihat Almarhum Tuan Guru Nik Aziz

Almarhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat yang merupakan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan tokoh penting dalam sejarah politik tanah air.

Genap 5 tahun kepulangnya ke Rahmatullah, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar telah memuat naik satu tweet bagi memperingati tokoh berkenaan.

Menurutnya, kata-kata beliau sentiasa tersemat di hatinya sehingga kini. Dipanggil dengan gelaran Tok Guru kerana arif dalam bidang politik dan hal ehwal islam.

”Genap 5 tahun pemergian mantan Mursyidul Am PAS, Almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, permata ummah ke rahmatullah.

Masih terngiang-ngiang mutiara hikmah beliau;

“Bila kita beragama, dengan sendiri kita akan merasa bahawa di sisi kita ada malaikat yang memerhati, ada Allah SWT sedang memantau. Keyakinan ini merupakan satu brek untuk kita terus lakukan dosa. Tanpa keyakinan ini, manusia akan hilang ‘brek” ujarnya. Kalau kereta hilang brek, ia akan terjun gaung, tapi kalau manusia hilang brek, dia akan terjun Neraka,” ujarnya.

Tok Guru, nasihatmu akan sentiasa menjadi ingatan buat kami. Kami merinduimu. Gambar ketika Winter Gathering di Birmingham, 1998.

Sumber : Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.