Siakap Keli
Gambar: Epoch News

(Video) Diletak Dalam Kotak Besi, Cara Pesakit Koronavirus Ini Diurus Terima Kecaman

Koronavirus dikatakan boleh tersebar melalui titisan air liur pesakit kepada individu lain. Oleh itu, pesakit perlu dikuarantin dari bersentuhan atau berada dalam jarak dekat (6 kaki) dari individu lain bagi mengelakkan jangkitan.

Namun, baru-baru ini tular video yang didakwa menunjukkan satu pasangan dipercayai pesakit koronavirus dikuarantin dengan cara yang menimbulkan ketidakpuasan hati orang ramai.

Pasangan itu diletakkan di dalam sebuah kotak besi sebelum dibawa pergi menaiki sebuah kereta pikap.

“Epidemik pneumonia Wuhan – pasangan muda berpelukan antara satu sama lain dan menangis. Mereka diletakkan di dalam peti besi kecil di atas van (trak),” dakwa Epoch News.

Pada penghujung video, kedengaran suara wanita menjerit tatkala kereta dipandu pergi.

“Mereka tak pernah anggap rakyat China sebagai manusia,” tulis salah seorang netizen dengan nama PweTaA di ruangan komen.

“Ini realiti Animal Farm,” tulis Boro Zhuo pula.

“Kalau saya, saya tak berani biarkan anak melihatnya. Mereka sakit, tapi ini bukan layanan sepatutnya,” tulis Sunny Chiu yang tidak senang dengan reaksi perakam.

Sumber: Epoch News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.