Siakap Keli
Kredit: Twitter

(Video) Penduduk Dikurung Dalam Rumah, Pintu Dikimpal Dari Luar Dipercayai Nak Elak Koronavirus Tersebar

Beberapa rakaman video menunjukkan petugas mengimpal pintu rumah penduduk di China dipercayai bagi mengelakkan pemilik rumah keluar tular di media sosial.

Menurut The Sun, tindakan itu dipercayai untuk membiarkan pesakit koronavirus mati di dalam rumah mereka. Label turut ditampal di luar rumah menandakan terdapat pesakit koronavirus di dalamnya.

Dalam video yang tular, kelihatan kumpulan petugas memakai pakaian khas mula mengimpal pintu rumah penduduk dipercayai untuk mengkuarantin pesakit.

Mereka juga menampal notis berbunyi,

“Keluarga ini baru pulang dari Wuhan. Jauhkan diri dan jangan dekat.”

Pesakit dipercayai dikurung dalam apartment masing-masing

Dalam video yang sama, kelihatan seorang petugas yang memakai kot makmal berwarna putih menghulurkan sesuatu di tingkap bangunan kepada orang di dalam.

Sementara itu, video seorang wanita yang berada di balkoni rumah serta menjerit meminta pertolongan turut mendapat perhatian warga maya.

Cara pihak berkuasa negara itu mengkuarantin pesakit menerima kecaman banyak pihak yang mempersoalkan kemanusiaan pihak berkuasa dalam mengurus pesakit.

Sebelum ini, satu pasangan dipercayai pesakit koronavirus dimasukkan ke dalam peti besi sebelum dibawa pergi pihak berkuasa yang memakai sut hazmat.

Sumber: The Sun

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.