Siakap Keli

(Video) Kumpulan Gagak Misteri Penuhi Langit Dipercayai Di Wuhan Buat Netizen Tertanya-Tanya

Kehadiran kumpulan besar burung gagak dipercayai di bandar Wuhan membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan mula menimbulkan spekulasi sendiri.

Dalam rakaman yang tular di media sosial, kelihatan burung hitam itu berterbangan di jalanan yang kini sunyi sejak kuarantin dilaksanakan.

Berdasarkan laporan Daily Star, ada antara netizen yang percaya haiwan berkenaan memakan mayat mangsa koronavirus yang telah meninggal dunia.

Ada juga antara mereka yang beranggapan spesies itu mungkin memakan serangga yang turut mati akibat terkena semburan pambasmi virus yang digunakan anggota kesihatan di tempat-tempat awam.

Sebahagian lain pula percaya burung gagak itu mungkin memakan sampah yang tidak dikutip ataupun abu mayat yang berterbangan dari pusat pengurusan mayat.

Menurut media antarabangsa, China telah menghalang upacara pengebumian bagi mangsa koronavirus untuk mengawal penularan wabak itu.

Mayat-mayat pesakit dibakar di kawasan pembakaran terdekat, malah mayat tidak boleh dibawa ke luar daerah.

Hal ini merupakan sebahagian dari garis panduan yang dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Kementerian Hal Ehwal Awam dan Kementerian Keselamatan Awam China.

Sumber: Daily Star, IBTimes

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.