Siakap Keli

(Video)“Lagu Wajib Dia Bila Nyanyi “Teman Pengganti”, Tapi Nak Cari Teman Pengganti Kau Tu Kami Takkan Jumpa” – Fad Bocey

Pemergian seorang pelawak terkenal iaitu Syed Umar Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan atau lebih dikenali dengan panggilan Abam Bocey baru-baru ini sememangnya memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Bukan sahaja majlis pengebumian arwah dipenuhi ribuan peminat, malah sisi kebaikan arwah sepanjang hidupnya telah didedahkan satu demi satu.

Antara yang terkesan dengan pemergian arwah Abam, rakan seperjuangannya Fad dan Achey dilihat sangat merindui rakan mereka itu yang telah pergi bertemu Penciptanya.

Melalui perkongsian video di laman Instagram fadbocey, lagu “Teman Pengganti” adalah antara lagu wajib yang dinyanyikan oleh arwah.

https://www.instagram.com/p/B8jIeJcgc7c/

Lagu wajib dia bila ajak menyanyi “TEMAN PENGGANTI” tp nk bgtau..nak cari teman pengganti kau tu kami takkan jumpe.

Dalam video tersebut arwah Abam dilihat sangat menghayati ketika menyanyikan lagu itu. Namun, menurut Fad, untuk mencari teman pengganti seperti arwah Abam adalah agak mustahil kerana mereka tidak akan menjumpainya.

Pemergian arwah Abam beberapa hari lalu masih lagi memberi kesan kepada ramai orang sehingga ke saat ini.

Semoga roh Allahyarham Syed Umar Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan di tempatkan bersama-sama orang beriman.

Sumber: fadbocey

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa