Siakap Keli
Kredit Foto: Tribun News

“Aku Takut Tidur Dalam Bilik,” BCL ‘Trauma’ Lihat Suami Meninggal Atas Katil

Selepas dua hari pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari  (BCL) dikatakan takut untuk tidur di bilik yang biasanya dihuni bersama suaminya.

Ia didedahkan oleh sahabat baik BCL dan juga merupakan seorang pengacara dan pelakon di Indonesia iaitu Aming.

Dalam acara ‘Pagi Pagi Pasti Happy’ pada Rabu semalam, Aming memberitahu bahawa BCL juga mengalami trauma kerana melihat kematian Ashraf Sinclair.

“Ming, aku takut tidur dalam bilik, aku tak akan boleh tidur di bilik lagi,” kata Aming yang memetik kata-kata BCL.

Tambah Aming lagi, BCL pulang ke rumah pada pukul 2.00 pagi kerana sebelum itu dia menjadi juri di rancangan realiti Indonesian Idol. BCL dikatakan memuat naik beberapa kiriman di Instagram.

Trauma suami meninggal atas katil

Dia melihat suaminya sedang tidur dan cuba untuk mengejutkannya namun suaminya tidak bangun. Dia juga menyangka bahawa suaminya itu hanya bergurau namun badan suaminya tidak bergerak sama sekali.

Sebaik sahaja dia melihat suaminya kaku dengan mulut yang berbuih, dia segera membawa Ashraf Sinclair ke hospital.

Sumber:Tribun News

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa