Siakap Keli
Gambar: Astro Awani

‘Memang Saya Jadi Barua, Saya Cakap Terus Terang’ – Norhizam Hassan Baktee

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee ketika menghadiri sidang media rasmi UMNO Melaka untuk menyatakan sokongan pada Perikatan Nasional.

Dalam video sidang media khas yang dilakukan sebentar tadi, Norhizam telah menyatakannya pada minit ke 9:28 ketika ditemu ramah bahawa tindakannya dalam menyokong Perikatan Nasional itu dibuat demi kepentingan orang Melayu.

“Saya bertindak demi untuk kepentingan orang Melayu yang mana saya dah bekerja keras, mereka kata mereka nak berkhidmat dengan, nak bermaruah, tapi saya tengok saya jadi barua je.

“Memang saya jadi barua. Jadi saya cakap terus terang, saya memang outspoken, tak reti nak beralas-alas. Bila hati dan jiwa raga saya dah serahkan kepada macam gini (kepimpinan sebelum) ini yang berlaku saya kecewa. Jadi hari ini, saya balik ke pangkuan. Saya harap barisan kepimpinan yang ada hari ini tidak mengecewakan rakyat. Saya memang bersedia bekerja untuk rakyat,” ujarnya.

Ketika ditanya berkenaan dengan pendiriannya dengan parti, beliau menyatakan bahawa beliau bersedia untuk menghadapi segala tindakan yang bakal dikenakan ke atasnya.

“Itu antara saya dengan parti, saya bersedia menghadapi segala kemungkinan”, tambahnya lagi.

Sumber: Astro Awani

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa