Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Baju Dikoyak Dan Dicabul,” Wanita Dakwa Anak dan Dirinya Jadi Mangsa Di Delhi

Seorang wanita berusia 45 tahun mendakwa bahawa dia dan dua orang anaknya terpaksa melarikan diri dari rumah mereka selepas kumpulan perusuh yang didakwa masuk dan mengejar mereka pada malam Rabu lalu.

“Kami melompat dari tingkat pertama dengan ‘dupattas’ dibalut  pada tubuh kami untuk menyelamatkan diri,” katanya.

“Saya berada di rumah ketika orang ramai melepaskan tembakan. Saya dan dua orang anak perempuan saya dicabul dan pakaian kami dikoyakkan oleh kumpulan itu,” katanya.

Beliau mendakwa kumpulan itu mengejar mereka tetapi berhenti dan akhirnya hilang selepas mereka berlindung di rumah seorang pemilik kedai runcit yang dikenalinya.

Wanita itu adalah salah seorang daripada mereka yang telah dibawa ke Hospital Al-Hind sejak beberapa hari lalu setelah diserang oleh perusuh bersenjata di timur laut Delhi yang dilanda keganasan. Setiap orang mempunyai kisah yang mengerikan untuk diberitahu.

Dalam insiden yang lain, seorang lelaki berusia 20 tahun menceritakan detik belakang badannya disimbah dengan cecair sehingga menyebabkan kesan terbakar dan melecur.

“Beberapa orang yang tidak dikenali menangkap saya berhampiran rumah saya dan mencurahkan cecair asid di punggung saya, saya tidak tahu apa bahannya, ia sangat panas dan kulit saya mula terbakar sebaik sahaja mereka mencurahkan saya,”

Kekecohan yang berlaku di New Delhi telah mengorbankan banyak nyawa dan berkemungkinan angka itu akan terus bertambah sekiranya keadaan ini berlarutan.

Sumber: News 18

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa