Siakap Keli
Foto: Amirfufu

Ambil Slip SPM Pakai Baju Shell, ‘Bos Besar’ Shell Malaysia Panggil Nak Bagi Hadiah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia yang keluar semalam menjadi satu titik permulaan kepada seorang pelajar yang tular memakai baju pekerja ‘Shell’.

Dalam satu video yang tular semalam menunjukkan Amirfufu (nama Twitter) tampil ke atas pentas dengan sorakan daripada rakan-rakan kerana mendapat keputusan yang bagus.

Susulan daripada itu, remaja ini mendapat kejutan daripada Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain berjumpa dengannya.

Katanya lagi, majikannya turut mengundang kedatangan kedua-dua ibu bapanya pada hari ini untuk bertemu bersama-sama.

Bukan itu sahaja, pelajar cemerlang ini turut berpeluang mengetahui tentang pengajian berkaitan Shell untuk kumpulan kedua yang dihantar oleh majikannya itu.

Tambahnya lagi semasa dihubungi, tempoh pengajian itu mengambil masa sehingga 3 tahun.

Turut tidak lepas peluang, Shairan Huzani Hussain juga turut mengucapkan tahniah kepada pekerjanya yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019.

Pagi ni pergi jumpa adik Amir. dia femes semalam amik spm results pakai baju shell. Dia nak buat accountancy dan pakcik harap dia terus berusaha dan lebih berjaya.

6 heroes @pakcikshell kat stesen ni kebetulan spm batch sama. alhamdulillah semuanya results chomel. We are proudly run by dedicated Malaysians for our beloved Malaysians.

 

Sumber: Amirfufu

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)