Siakap Keli

(Video) “Saya Bukan Virus, Saya Manusia..” – Solidariti Pelajar China Di Itali

PENULARAN wabak Coronavirus (Covid-19) telah menimbulkan pelbagai kesan buruk dalam kehidupan manusia, sama ada keretakan hubungan sosial antara masyarakat akibat ketakutan mahupun unsur-unsur perkauman yang wujud di celahan prejudis.

Namun baru-baru ini, seorang pelajar China di Itali telah membuat satu pertunjukan flash mob untuk bersolidariti atas sikap prejudis yang membarah dalam kalangan masyarakat terhadap rakyat China kerana jangkitan wabak tersebut.

Seorang pengguna Twitter, Stance Grounded telah berkongsi video Public Service Announcement (PSA) solidariti itu menerusi akaun Twitternya awal pagi tadi.

Pelajar China dalam flash mob tersebut memegang sepanduk yang bertulis ‘Saya bukan virus, saya manusia. Hentikan prejudis’.

Menariknya, beliau berbuat demikian di kawasan laluan orang awam dan menerima respon positif daripada mereka.

Marilah bersama-sama menghentikan sikap prejudis agar nilai kemanusiaan antara kita tetap utuh dan keadaan wabak kritikal ini akan kembali pulih satu hari nanti.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.