Siakap Keli

Covid-19: Rakyat Iran Diperintah Berkurung Dalam Masa Kurang Dari 24 Jam

Pasukan keselamatan Iran telah membersihkan jalan-jalan dalam masa kurang 24 jam supaya semua rakyatnya dapat menjalani pemerikasaan untuk Covid-19.

Wabak Covid-19 di Iran kini telah mengorbankan lebih daripada 500 nyawa dan dijangkiti lebih daripada 11,000 ribu orang.

Sejak mereka mengumumkan kematian pertama pada bulan lepas, Iran sudah bertindak menutup sekolah, menangguhkan pelbagai acara dan aktiviti melancong semasa sambutan tahun baru di negara tersebut.

Pemimpin Tertinggi Iran mengarahkan pasukan bersenjata untuk memimpin dalam menangani wabak virus tersebut. Ayatollah Ali Khamenei mengarahkan pasukan keselamatan untuk bersama-sama berkhidmat dalam memerangi virus itu.

Ayatollah Ali Khamenei (dalam gambar)

Katanya lagi, sebuah suruhanjaya yang baru bakal ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk mengawasi rakyat Iran untuk mengosongkan kedai dan jalan dalam tempoh 24 jam.

Dalam tempoh 10 hari akan datang, seluruh negara Iran akan dipantau melalui ruang siber dan melalui telefon pintar secara peribadi dan mereka yang disyaki dijangkiti wabak tersebut akan dikenalpasti sepenuhnya.

Menurut Kementerian Kesihatan, 514 telah telah meninggal dunia dan lebih 11,300 kes telah disahkan di Iran. Bahkan beberapa ahli politik juga dijangkiti wabak tersebut.

 

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)