Siakap Keli
Gambar:SCMP

Dakwa Cuma Parodi, Lelaki Jilat Jari, Sapu Pada Pemegang Dalam Tren Undang Kemarahan

Penularan Covid-19 membuatkan masyarakat di dunia pada masa ini mengambil langkah bagi membendung jangkitan virus tersebut dengan menjaga kebersihan dan tidak keluar di kawasan yang dikerumuni orang ramai.

Jangkitan virus tersebut sememangnya tidak boleh dianggap remeh kerana ia merebak dengan pantas tanpa kita sedari.

Pun begitu, ada juga sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tidak menjaga kebersihan di tempat awam. Tanpa mereka sedari, tindakan tersebut sebenarnya boleh memberi kesan terhadap orang lain.

Seperti yang dipaparkan dalam satu video yang dimuatnaik oleh South China Morning Post, seorang lelaki dengan sengaja menjilat jarinya dan mengelapnya pada pemegang di dalam sebuah tren.

Walaupun lelaki itu mendakwa bahawa ia hanyalah satu parodi bagi memberi pengajaran kepada rakan-rakannya mengenai berita palsu namun dia tetap menimbulkan kemarahan orang ramai.

Lelaki itu juga mendakwa bahawa kejadian tersebut dirakam bertujuan untuk diletakkan dalam kumpulan WhatsApp sahaja. Namun, ia mendapat kritikan dari netizen yang tidak berpuas hati.

Kejadian itu memperlihatkan pihak kereta api Hong Kong membuat laporan polis.

Sumber: South China Morning Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa