Siakap Keli

Foto Kucing & Anjing Jalanan Kelaparan, Hilang Sumber Makanan Kedai Banyak Ditutup

KETIKA kita sedang bergembira makan di rumah bersama keluarga ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, jangan dilupakan nasib haiwan-haiwan jalanan di luar sana.

Kita masih punya dapur untuk memasak, tapi mereka tiada apa-apa, makan pun berharap pada ihsan manusia.

Lapor satu ciapan dari Twitter BERNAMA hari ini mengenai beberapa keping gambar hiba haiwan jalanan yang kelaparan akibat tiada sumber makanan susulan kedai makan dan restoran ditutup.

Difahamkan, gambar situasi meruntun hati itu dirakam di sekitar Ipoh, Perak oleh wartawan BERNAMA.

Semoga musim COVID-19 ini akan berakhir dan kita semua dapat kembali makan di luar, sekaligus membuka semula ‘pintu’ rezeki buat kucing dan anjing jalanan ini..

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'