Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Hantavirus Korbankan Seorang Lelaki Di China, Timbulkan Ketakutan Namun Bukan Virus Baharu

Laporan mengenai seorang individu di China yang mati akibat virus yang dipanggil hantavirus telah menimbulkan panik ketika dunia sekarang ini sedang  bertempur dengan pandemik novel koronavirus yang bermula di China. Koronavirus telah membunuh lebih daripada 17,000 orang di seluruh dunia dan wabak itu masih lagi terkawal.

Pada Selasa, hantavirus menjadi salah satu daripada trending teratas di Twitter selepas media negara China, Global Times, memuatnaik ciapan mengenai seorang lelaki di negara itu mati kerana virus itu. Walau bagaimanapun, ternyata hantavirus bukan virus yang baru dan telah menjangkiti manusia selama beberapa dekad.

Seorang penduduk dari Provinsi Yunnan meninggal dunia ketika dalam perjalanan pulang ke Provinsi Shandong untuk bekerja dalam sebuah bas yang disewa pada hari Isnin. Dia telah diuji positif #hantavirus. 32 orang yang lain di dalam bas juga telah diuji.

Sesetengah orang mengatakan itu merupakan virus baru namun ia adalah sebaliknya. Pusat Kebangsaan Maklumat Bioteknologi Negara (NCBI) dalam jurnal menulis bahawa pada masa ini, genus hantavirus mengandungi lebih daripada 21 spesies.

Pada tahun 1981, genus baru yang dipanggil ‘hantavirus’ diperkenalkan dalam keluarga Bunyaviridae termasuk virus yang menyebabkan demam hemorolig dengan sindrom buah pinggang (HFRS)

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat menerusi laman webnya menulis bahawa hantavirus adalah keluarga virus yang tersebar terutamanya oleh tikus dan boleh menyebabkan sindrom penyakit yang bervariasi dalam kalangan orang di seluruh dunia.

“Hantavirus di Amerika dikenali sebagai ‘New World’ dan boleh menyebabkan sindrom pulmonari hantavirus (HPS).

“Hantavirus lain yang dikenali sebagai  ‘Old World’ kebanyakannya ditemui di Eropah dan Asia dan boleh menyebabkan demam berdarah dengan sindrom buah pinggang (HFRS),” kata CDC.

Sumber: India Today

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa