Siakap Keli
Gambar: Bernama

Pembayaran Awal Faedah Perkeso Mulai Esok – KSM

Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) bersetuju untuk mempercepatkan pembayaran faedah kepada pencarum Perkeso mulai esok.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata ia akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penerima pencen ilat atau penakat, faedah orang tanggungan, faedah hilang upaya kekal berkala dan faedah elaun layanan sentiasa.

“Pembayaran bulanan akan dipercepatkan mulai bulan ini. Ia bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh Orang Berinsurans dan tanggungan mereka,” kata kementerian itu menerusi kenyataan hari ini.

Jelas Saravanan, pembayaran awal faedah itu akan berterusan selama enam bulan bermula 25 Mac, 24 April, 20 Mei, 25 Jun, 24 Julai, dan 25 Ogos.

“Perkeso akan mengkreditkan semua bayaran berkala kepada institusi perbankan pada hari esok.

“Tarikh bayaran akan diterima oleh Orang Berinsurans dan tanggungan bergantung kepada pengkreditan oleh bank-bank berkaitan kepada akaun Orang Berinsurans dan Tanggungan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan boleh e-mel ke [email protected] atau menyalurkan aduan dan pertanyaan melalui facebook.com/perkeso.official

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right