Siakap Keli
Kredit: Google

Tak Semua Perlu Pakai, Ini 4 Ciri Individu Perlu Pakai Topeng Muka Dikongsikan KKM

Kepanikan dan ketakutan terhadap COVID-19 membuatkan orang ramai mula membeli produk perlindungan seperti topeng muka dan pembasmi kuman.

Walaubagaimanapun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hanya golongan tertentu sahaja yang wajar memakai penutup mulut.

Adakah anda tergolong dalam kelompok itu?

Berikut merupakan ciri mereka yang perlu memakai topeng muka menurut KKM.

Anda perlu memakai topeng muka jika anda;

  • menjaga individu yang mengalami gejala pernafasan
  • petugas kesihatan yang mengendali pesakit
  • petugas barisan hadapan (staf pembersihan, polis, tentera, doktor, jururawat dsb)
  • ada gejala pernafasan seperti batuk, selesema dan sebagainya

Jika anda bukan dari golongan di atas, anda tidak perlu memakai topeng muka bagi mengutamakan bekalan topeng kepada golongan yang lebih memerlukan.

“Tolong jangan menggunakan topeng muka melainkan perlu. Topeng muka dan pakaian perlindungan diri (PPE) sepatutnya disimpan untuk petugas barisan hadapan.

“Itu prioriti utama kita, terutamanya kita sedang kekurangan PPE sekarang. Tempahan telah dibuat,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di laman Twitter miliknya semalam.

Sumber: KKM, Dr Noor Hisham Abdullah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.