Siakap Keli
Gambar: CNBC.COM

Virus Covid-19 Kekal Di Paru-Paru Pesakit Yang Meninggal Dunia

BEIJING, 24 Mac (Bernama) — Kumpulan penyelidik China menjalankan bedah siasat ke atas 29 mayat pesakit COVID-19 dan mendapati virus itu tetap berada di paru-paru mangsa walaupun selepas meninggal dunia, lapor agensi berita Xinhua.

Bedah siasat itu turut menunjukkan kerosakan teruk ke atas sistem kekebalan pesakit terhadap penyakit yang mungkin menjadi ‘faktor amat penting’ kepada kematian mereka, kata pakar penyakit berjangkit Hospital Universiti Pertama Peking, Wang Guiqiang, pada  sidang akhbar di Beijing Selasa.

Wang menambah, jangkitan itu bukan hanya menyebabkan perubahan patalogi teruk pada paru-paru pesakit, tetapi turut merosakkan salur bronkial kecil yang mengakibatkan penghidap penyakit lebih sukar bernafas.

— BERNAMA

Sofea

There's always another side to every story