Siakap Keli
Kredit: Worldometer/Bloomberg

Hampir 500,000 Kes COVID-19 Di Seluruh Dunia, Naik Lebih 120,000 Kes Dalam Tiga Hari

Peningkatan COVID-19 semakin serius di seluruh dunia dan kini mencecah 472,763 kes. Dalam tempoh tiga hari sahaja, sebanyak kira-kira 120,000 kes dicatatkan di seluruh dunia berdasarkan data Worldometer.

Kebanyakan daripada peningkatan mendadak itu melibatkan kes di Itali (74,386), Amerika Syarikat (68,489) Sepanyol (49,515), Jerman (37,323) dan Iran (27,017).

Peningkatan mendadak dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) dengan lebih 13,000 kes semalam setelah mencatatkan peningkatan lebih 11,000 kes sehari pada Selasa.

Sepanyol menyusuli AS dengan 7,457 kes diikuti Itali, 5,210 kes semalam. Angka itu terus meningkat sehingga hari ini.

Sementara itu, sebanyak 21,306 kematian dilaporkan manakala seramai 114,749 telah sembuh secara global.

Peningkatan kes harian di seluruh dunia

Di Amerika Syarikat, kerajaan melakukan beberapa perubahan termasuk membenarkan fasiliti kesihatan yang menunggu kelulusan lesen untuk beroperasi semula.

Selain itu, seramai sekurang-kurangnya 200 tahanan di penjara akan dibebaskan pada malam Rabu di New York jika mereka tidak mengancam orang ramai, kata Datuk Bandar, Bill de Blasio seperti dilaporkan CNN.

Sebelum ini di Sepanyol, isteri Perdana Menteri, Pedro Sanchez dilaporkan positif virus berkenaan.

Di Asia Tenggara pula, Indonesia dikhuatiri menjadi pusat penularan wabak yang baru apabila hanya 2 peratus kes dipercayai dilaporkan, menjadikan jumlah sebenar mungkin mencecah lebih 30,000 dan mengatasi kes di Iran.

Sumber: Worldometer, CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.