Siakap Keli

COVID-19: Brunei Catat Kematian Pertama

BRUNEI melaporkan kematian pertama COVID-19 di negara itu, kata Menteri Kesihatan pada Sabtu.

Berdasarkan menteri tersebut, pesakit merupakan lelaki berusia 64 tahun yang baru pulang ke Brunei dari Malaysia dan Kemboja pada 4 Mac, lapor agensi Xinhua.

Lelaki yang meninggal dunia pada Jumaat malam di Pusat Isolasi Kebangsaan di wilayah Tutong itu adalah kes COVID-19 yang ke-25 di negara itu.

Kes terbaharu yang disahkan di Brunei adalah pada Jumaat, menjadikan keseluruhan kes berjumlah 115.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.