Siakap Keli
Foto: Barcelona FC

Covid-19: Pemain Barcelona Setuju Potong Gaji 70% Untuk Jamin Kakitangan Kelab Terima Gaji Penuh

Pemain merangkap ‘Kapten’ pasukan Barcelona mengumumkan bahawa potongan gaji pemain bakal laksanakan akibat daripada wabak pandemik Covid-19.

Dalam satu kenyataan rasmi, Lionel Messi berkata pemain Barcelona melakukan penangguhan pembayaran gaji sebanyak 70 peratus dan memberi sumbangan tambahan kepada kakitangan lain menerima gaji yang penuh semasa wabak pandemik Covid-19 ini.

Kapten Lionel Messi berkata lagi, langkah itu dilakukan oleh para pemain untuk mencari fomula membantu kelab.

Pemain dan pengurus Juventus, Maurizio Sarri bersetuju untuk membekukan gaji mereka selama empat bulan bermula hujung minggu ini.

Jumlah kematian di negara Sepanyol sudah mencecah lebih daripada 7,300 menjadikan negara paling teruk terjejas selain Itali.

“Kami sentiasa bersedia untuk mengurangkan gaji kerana kami memahami keadaan yang sangat luar biasa ini. Kami sebagai pemain, akan sentiasa membantu kelab,” kata Kapten Barca.

 

Sumber: BBC

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang