Siakap Keli

TERKINI: Kematian Covid-19 Di Malaysia Mencecah 37 Orang Setakat Ini

Tiga lagi dilaporkan maut akibat Covid-19 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 37 kematian di negara ini setakat jam 12 tenghari tadi, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi sidang media KKM, mangsa kes kematian ke-35 (kes ke-1952) merupakan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia 57 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac 2020 dan kemudiannya ke HKL dan HSgB.

Kes kematian ke-36 (kes ke-1941) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 8.10 pagi.

Kes kematian ke-37 (kes ke-2471) merupakan wanita tempatan berumur 46 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun. Beliau telah dirawat di Hospital Miri, Sarawak dan disahkan meninggal dunia pada 30 Mac 2020 jam 9.02 pagi.

Sumber: Sidang Media KKM/KMM Putrajaya

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.