Siakap Keli

COVID-19: Gajah Untuk Tarik Pelancong Di Thailand Dilapor Kelaparan, Mungkin Terpaksa Dijual Kepada Pembalak Haram

RENTETAN sentiasa dirantai setiap masa, kebanyakan gajah yang ‘bekerja’ di bawah industri pelancongan Thailand kini agak kelaparan, mungkin akan dijual kepada pihak zoo atau diserahkan kepada perdagangan pembalakan haram.

“Sekitar 2,000 gajah kini sedang ‘menganggur’ susulan penularan wabak COVID-19 yang melumpuhkan industri pelancongan Thailand.

“Kekurangan dana menghadkan penyediaan stok bekalan makanan untuk gajah tersebut yang pasti akan memberi kesan fizikal,” kata Presiden Persatuan Perikatan Gajah Thai, Theerapat Trungprakan.

Selain itu, gaji pengendali (penunggang) gajah juga telah menurun sebanyak 70 peratus.

Theerapat takut jika haiwan-haiwan tersebut akan digunakan dalam aktiviti pembalakan haram di sepanjang sempadan Thailand – Myanmar – ia melanggar undang-undang yang digubal sejak 30 tahun yang melarang penggunaan gajah untuk mengangkut kayu balak.

Gambar: AFP

Sebelum wabak berlaku, kehidupan kira-kira 2,000 ekor gajah pelancongan ini sudah cukup tertekan, dengan kaedah penderaan yang digunakan untuk menjinakkan mereka dalam membawa pelancong bersiar-siar dan dipaksa melakukan persembahan haiwan – semuanya bermotifkan keuntungan.

Dengan keadaan global kini yang hampir lumpuh, gajah-gajah ini pula memerlukan 300 kilogram makanan sehari.

“Pengurus saya hanya buat apa yang dia mampu, tetapi kami tiada duit,” kata Kosin, seorang pengendali gajah di kem Chiang Mai yang gajahnya, Ekkasit kini hidup dalam sekatan makanan.

Gambar: AFP

Dalam pada itu, pemilik Elephant Nature Park, Saengduean Chailert berkata, dengan keadaan gajahnya yang semakin tidak sihat akibat kekurangan dana, situasi tersebut sedang berada pada titik puncak krisis.

Dia yang telah menjalankan sumbangan dana untuk memberi makan kepada gajah dan membantu pengendali gajah di 50 kem di seluruh negara, turut berasa takut jika satu-satunya pilihan yang ada nanti adalah dihantar ke zoo, krisis kelaparan mahupun dikerah untuk kerja-kerja pembalakan.

Selain itu, Pengurus Elephant Rescue Park, Apichet Duangdee berkata, “Kami memerlukan 1,000 Bhat sehari bagi setiap gajah,”

Baginya, jika membebaskan lapan gajahnya – yang pernah diselamatkan dari sarkas dan pembalak – ke dalam hutan semula, ia akan jadi masalah lain sekiranya gajah tersebut akan mati terbunuh selepas terlibat dalam pertempuran dengan gajah-gajah liar lain.

Dia merancang untuk membuat loan pinjaman sebanyak  2 juta Bhat bagi membantu gajahnya agar tidak kelaparan.

“Saya tidak akan mengabaikan mereka (gajah),” katanya.

Gambar: AFP

Sumber: AFP, The Bangkok Post

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.