Siakap Keli
Kredit: Forbes/Facebook Nor 'Phoenix' Diana

Ahli Gusti Berhijab Malaysia, Nor Diana Tersenarai Dalam ”The Forbes Under 30 Asia”

Putrajaya, 2 April – Ahli gusti berhijab Malaysia, Nor Diana menjadi salah seorang individu yang tersenarai dalam The Forbes Under 30 Asia.

Menurut Forbes, Nor Diana terpilih antara 3,500 calon dari 22 negara Asia termasuk Korea, Jepun dan Bangladesh.

Beliau menjadi juara wanita pertama dalam kejuaraan Malaysia Pro Wrestling (MyPW) Wrestlecon pada Julai lalu dan telah menarik perhatian seluruh dunia.

Pernah menjadi pembantu klinikal, ahli gusti yang digelar “Phoenix” di gelanggang ini memilih untuk meneruskan minatnya dalam bidang gusti.

Beliau telah menjalani latihan di London bersama UK promosi wanita Pro Wrestling (EVE) pada November lalu.

“Saya ingin menjadi inspirasi wanita bukan sahaja yang berhijab, tapi wanita kesemuanya. Tiada apa yang dapat menghentikan kita selagi kita mempunyai minat dan percaya dengan diri sendiri,” katanya seperti dilaporkan Forbes.

Pemilihan telah dilakukan oleh pakar dalam industri serta barisan juri yang menilai kepimpinan, impak, potensi kejayaan serta semangat keusahawanan calon yang sinonim dengan Forbes.

Sumber: Forbes, Nor ‘Phoenix’ Diana

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.