Siakap Keli

Beza Antara Penyakit Tersebar Melalui Titisan Air Dengan Udara & Ini Cara COVID-19 Tersebar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

RAMAI antara kita yang masih keliru dengan penyakit yang tersebar melalui udara (airborne) dengan titisan air (droplet).

Kesangsian ini juga boleh dikatakan agak memuncak ketika musim wabak COVID-19 ini.

Tapi jangan risau, kekeliruan ini telah dijawab oleh sebuah laman kesihatan di Facebook, Public Health Malaysia.

Mari kita baca penjelasan tersebut.

Penjelasan ringkas mengenai perbezaan penyakit sebaran udara dan titisan air (droplet)

Penyakit yang kita sedang perangi adalah penyakit yang disebarkan oleh titisan air.

Ia berlaku apabila seseorang individu batuk atau bersin (atau bercakap tersembur air liur) berhampiran dengan anda.

COVID-19 tidak seperti penyakit TB, Measles dan Chicken Pox yang disebarkan oleh udara.

Penyakit sebaran udara lebih cepat berjangkit dan pergi lebih jauh.
.
PALING PENTING, penyakit COVID-19 boleh di cegah dengan:

  • Basuh tangan
  • Jangan sentuh muka, gosok mata, korek hidung
  • Jangan duduk dekat dekat
  • Individu bergejala di asingkan sementara
Infografik: Public Health Malaysia

Alhamdulillah. Sudah jelaskan?

Kini perkara penting yang kita perlu buat adalah sentiasa mematuhi saranan kerajaan iaitu duduk di rumah, jaga penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan.

Selamat menjaga diri!

Sumber: Public Health Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'