Siakap Keli
Gambar: CGTN

Gambarkan Situasi Covid-19 Secara Berlebihan, Angkatan Tentera Laut AS Lucut Jawatan Kapten Kapal

Pentagon telah melucutkan jawatan kapten kapal pengangkut pesawat, USS Theodore Roosevelt yang sebelum ini memohon bantuan bagi kelasi kapal tersebut yang dijangkiti Covid-19. Mereka berkata bahawa wujud salah faham dalam komunikasi berkaitan dengan penularan pandemik di dalam kapal tersebut.

Pemangku Setiausaha Tentera Laut, Thomas Modly berkata bahawa kapten tersebut melakukan kesilapan kerana mengedarkan salinan surat  yang penuh emosi kepada orang ramai yang menggambarkan ancaman Covid-19 kepada hampir 5,000 kelasi kapal. Ia seterusnya didedahkan pada awal minggu ini oleh media AS sebelum dilihat oleh  pegawai pertahanan utama.

Modly mengatakan bahawa walaupun terdapat 114 kes koronavirus dalam kalangan kelasi setakat ini, tiada kes yang teruk. Kapten tersebut mengambarkan keadaan itu secara berlebihan dengan berkata kelasi-kelasi akan mati jika tiada tindakan yang pantas dilakukan.

Kapal pengangkut itu berada di Pasifik ketika Angkatan Tentera Laut melaporkan kes pertama Covid-19 seminggu yang lalu. Sejak itu, ia telah berlabuh di Pangkalan Tentera Laut AS Guam di hujung selatan wilayah pulau Amerika di Pasifik Barat.

Sumber: CGTN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa