Siakap Keli

Apakah Makanan Pertama Bagi Bayi Berumur Enam Bulan? Mari Baca Penjelasan Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika anda mempunyai anak kecil berumur enam bulan, apakah makanan yang anda berikan untuk si comel tersebut?

Adakah seawal usia itu sudah diberi makan bijirin Nestum? atau air kosong? atau bubur?

Tidak dinafikan ramai antara kita yang masih terkeliru dengan pemakanan anak di awal usia ini.

Ilmu pemakanan bayi adalah salah satu kluster dalam parenting skils yang semua ibu bapa wajib tahu.

Halaman kesihatan terkenal, Public Health Malaysia telah berkongsi kiriman di Facebook mengenai pemakanan terbaik bagi bayi yang berumur enam bulan.

Mari baca penjelasan berikut:

Pada usia 6 bulan, anda boleh mula memperkenalkan makanan (selain susu ibu) kepada bayi.

Untuk permulaan, pastikan anda menghidangkan bubur nasi kosong tanpa tambahan perisa (garam dan gula).

Perkara ini SANGAT PENTING untuk membina deria rasa yang baik agar anak dapat menikmati rasa sebenar makanan.

Sekiranya mereka diperkenalkan dengan makanan lain seperti puri buah atau makanan dengan tambahan perisa, anak akan cenderung untuk menolak rasa makanan yang baru.

Usah salahkan anak jika mereka menjadi ‘picky eater’ di kemudian hari sekiranya anda sendiri yang mengajar mereka untuk memilih makanan yang manis .

Infografik: Public Health Malaysia

Sumber: Public Health Malaysia 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'