Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Tak Mahu Isteri Sunyi, Lelaki ‘Temani’ Isteri Jalani Kemoterapi Dari Luar Hospital

Seorang lelaki di Texas yang tidak dibenarkan menemani isterinya semasa melakukan kemoterapi memikirkan idea yang kreatif untuk tetap berada ‘dekat’ dan memberikan sokongan kepadanya.

Disebabkan oleh pandemik Covid-19, semua pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam hospital.

Tidak sanggup melihat isterinya menjalani kemoterapi seorang diri, Albert Conner membuat satu papan poster yang besar dan duduk di luar tingkapnya untuk memastikan isterinya, Kelly Conner, melihatnya.

Kelly didiagnosis dengan kanser payudara pada Januari lalu dan Albert berjanji untuk menemaninya setiap kali ada temujanji di hospital. Namun, larangan terbaru yang dikeluarkan oleh pihak hospital menjadikannya mustahil.

Gambar:Daily Mail

“Apabila difikirkan mengenai doktor dan jururawat, larangan itu sememangnya masuk akal. Anda tidak boleh membantahnya dan hanya perlu menyokongnya dengan cara yang anda boleh lakukan,” kata Albert.

Walaupun dia memahami peraturan tersebut, dia tidak mahu membiarkan isterinya ke hospital seorang diri.

“Saya berasa tidak kena jika tidak menjadi sebahagian dari proses rawatannya kerana saya sudah berjanji bahawa saya akan sentiasa berada disampingnya,” katanya.

Gambar: Daily Mail

Lalu dia membeli sekeping papan poster dan menulis mesej yang mengharukan yang diserikan oleh lukisan warna anaknya.

“Saya tidak boleh menemani awak namun saya ada disini. Saya sayang awak,” tulisnya.

Dia juga berterima kasih kepada semua pertugas di hospital.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa