Siakap Keli

Penjara, Denda Sehingga RM10,000 Jika Halang Tugas Penjawat Awam Termasuk Petugas Kesihatan – Ismail Sabri

Indidviu yang didapati menghalang tugas semua penjawat awam yang terlibat di dalam usaha menghalang rantaian Covid-19 termasuk doktor, jururawat dan sebagainya, bakal berdepan tindakan tegas undang-undang. (Rujuk minit video 04:08)

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media Perkembangan Terkini PKP, sebentar tadi.

”Hari ini mensyuarat memutuskan bahawa tindakan tegas akan diambil kepada mereka iaitu di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

”Bukan sahaja menghalang tugas pegawai-pegawai polis tetapi juga kepada sesiapa sahaja penjawat awam yang terlibat di dalam operasi kita untuk menghalang rantaian Covid ini termausk jururawat, doktor dan sebagainya,” kata beliau.

Di bawah seksyen ini, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun dan denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Baru-baru ini, tular di media sosial, segelintir individu di pusat kuarantin yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanakan tugas mereka.

Mereka bukan sahaja didakwa tidak menghormati tugas doktor malah turut mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan rasa kurang anggota barisan hadapan negara dalam memerangi wabak Covid-19.

Baca: “Sentiasa Dengar Azan Dalam Wad,” Doktor Rindu Pada Abang-Abang Tabligh Yang Sentiasa Berzikir

Sumber: Sidang Media Pekembangan Terkini PKP

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)