Siakap Keli

China Sahkan 89 Kes Terbaru Covid-19

Pihak berkuasa kesihatan China hari ini melaporkan bahawa sebanyak 89 kes terbaru COVID-19 disahkan di tanah besar China pada Isnin, di mana 86 mangsa dari luar.

Tiga kes baru yang dilaporkan dalam negeri, semuanya di Wilayah Guangdong, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara dalam satu laporan.

Hari Isnin lalu, China telah melaporkan sejumlah 1,464 mangsa adalah dari kes luar. Daripada kes itu, 559 mangsa telah keluar dari hospital, 905 dirawat dengan 37 pesakit yang masih tenat dan tiada kematian dilaporkan, kata suruhanjaya itu.

Keseluruhan kes telah mencapai 82,249 mangsa pada hari Isnin, termasuk 1,170 pesakit yang masih dirawat dan 77,738 orang telah pulih serta 3,341 meninggal dunia akibat wabak tersebut.

Suruhanjaya berkata 1,005 kes tanpa simptom, termasuk 237 dari luar negara masih dalam pemerhatian para perubatan.

Sumber: China.org

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul

Nur Farra