Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Video) Ahli Keluarga Serang Staf Hospital Selepas Dihalang Melawat Saudara Yang Meninggal Akibat COVID-19

Seorang jururawat di sebuah hospital di Mexico City menghadapi detik cemas apabila diserang oleh ahli keluarga seorang pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Dalam kejadian pada Rabu lalu, ahli keluarga pesakit dikatakan tidak berpuas hati apabila dihalang untuk melawat mangsa yang telah meninggal dunia.

Mereka menyerang petugas kesihatan yang bertugas sebelum cuba dileraikan oleh staf hospital yang lain.

Menurut salah seorang mangsa, Daniel Zamorano, dia telah dipukul empat lelaki dan dua wanita dari keluarga berkenaan.

“Keluarga, rakan-rakan dan jiran sentiasa samseng. Hari ini empat lelaki dan dua perempuan memukul saya kerana saudara mereka meninggal dunia akibat COVID-19,” tulisnya di laman Facebook.

Daniel turut mengongsikan gambar wajahnya yang lebam dipercayai akibat diserang keluarga itu.

Keluarga berkenaan tidak dibenarkan berjumpa pesakit sejak dia dimasukkan ke hospital pada Isnin sehinggalah dia meninggal dunia pada Rabu.

“Mereka tidak dapat melihatnya sejak Isnin kerana dia dikuarantin dan atas sebab yang sama, pesakit mempunyai protokol untuk diikuti. Dia tak boleh dikeluarkan seperti ini. Pesakit itu perlu dikremasi, tidak sama dengan pesakit lain yang meninggal dunia. Kamu tak akan dapat melihatnya lagi, dia meninggal di hospital,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 5,014 dilaporkan di Mexico dengan 332 kematian akibat COVID-19.

 

 

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.