Siakap Keli

PKP: Orang Ramai Digalak Jaga Kawasan Masing-Masing, Tapi Perlu Maklumkan Kepada Polis

Kerajaan mengalu-alukan ahli komuniti untuk membantu pihak polis membuat kawalan di kawasan masing-masing ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan tersebut sangat digalakkan namun komuniti perlu memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu.

“Ia adalah kerana pihak polis perlu tahu (operasi tersebut) dan ada peraturan-peraturan tertentu yang ditetapkan, (contohnya) mereka tidak bolehlah menangkap (pesalah) kerana tidak ada kuasa.

“Kuasa polis tidak boleh diambil komuniti itu dalam melaksanakan tugas mereka,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini.

Komuniti diminta untuk berunding, maklumkan serta dapatkan nasihat daripada pihak polis bagi pelaksanaan operasi tersebut, tambahnya.

Jelas Ismail, sebelum ini beliau pernah mengatakan, dalam usaha kawalan PKP, kepimpinan komuniti itu sendiri boleh bertindak untuk melindungi kawasan masing-masing.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.