Siakap Keli
Gambar:Times Of India

Didakwa Percaya Boleh Cegah Covid-19, Lelaki Nekad Potong Lidah Sendiri

Seorang lelaki berusia 24 tahun di India, memotong lidahnya dipercayai sebagai pengorbanan untuk menggembirakan dewi untuk menyekat penyebaran koronavirus di negara itu.

Kejadian itu berlaku di Nadeshwari di daerah Suigam taluka. Kampung ini terletak kira-kira 18 km dari sempadan Indo-Pak.

Lelaki yang berasal dari Madhya Pradesh itu diupah bersama lapan orang lagi pengukir batu untuk bekerja di kuil Bhavani Mata di Suigam. Dia telah bekerja di sini sejak dua bulan lalu dengan yang lain termasuk abangnya.

Memetik laporan Times of India, pada pagi Sabtu lalu, dia meninggalkan kuil Bhavani dengan mengatakan bahawa dia akan pergi ke pasar. Pun begitu, dia masih tidak pulang dan menyebabkan abangnya terus menghubunginya. Seseorang menjawab panggilan itu dan memberitahu bahawa adiknya telah memotong lidahnya sendiri di kuil Nadeshwari.

“Beberapa hari yang lalu, dia ingin pulang ke kampung halamannya di Madhya Pradesh namun tidak boleh kerana adanya perintah berkurung. Hari ini, dengan sikap ‘sembrono’, dia memotong lidahnya.

“Kami mendapati dia terbaring dengan keadaan tidak sedarkan diri di premis kuil itu dengan lidah di tangannya. Sami menghubungi komandan Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) dan dia dipindahkan ke sebuah hospital di bandar Tharad. Doktor berusaha untuk mencantumkan kembali lidahnya,” kata sub-inspektor polis di Suigam, HD Parmar.

Sumber: Times of India

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa