Siakap Keli
Foto: Cikgu Mala Malik

“Mentua Datang Rumah Pun Tak Risau,” Ini ‘Rahsia’ Cerahkan Kerak Hitam Dalam Kuali

Sudah tidak disangkal lagi, zaman moden sekarang kuali non-stick menjadi pilihan untuk memasak sesuatu mesti lebih mudah dan tidak melekat. Katanya, nak mencuci pun senang. Tetapi, ibu-ibu mesti ada simpan kuali atau periuk lama yang ada ‘tanda’ hitam di bahagian dalam mahupun belakang kuali kan?

Ya, tambah-tambah lagi ibu yang berada di kampung. Mereka sentiasa menggunakan periuk atau kulai lama untuk masakan, ye lah barang lama selalunya sedap tapi ada masalah sukar untuk mencucinya.

Jangan risau lagi, menerusi perkongsian Hazimah Shaari di laman Facebooknya tentang tips paling mudah dan ‘murah’ untuk putihkan kuali atau periuk di dapur korang.

Ok. Ini tips daripada bonda. Memang dia amalkan dari dulu hingga sekarang, dan ajar anak cucu dia macam tu jugak. 

Ok, ni salah satu cara yang ekonomi. Tak perlu kos yang tinggi. Caranya adalah guna sabun mandi buku. Tahu ke tak sabun buku tu apa?

Sabun yang seketul besar tapak tangan tu tak kisah apa-apa brand pon. Nak mudah, korang potong la kecil-kecil. Potong 6 pon ok. Harga pon tak mahal.

Ok. Caranya mudah.

  1. Basahkan dulu periuk atau kuali yang nak cuci tu.
  2. Lepastu korang tonyohla sabun mandi tadi dengan berus besi.
  3. Masa tonyoh sabun tu, tak payah guna air yang banyak masa ni. (taw dak tonyoh tu apa? Tonyoh =gosok). Tonyoh sekuat hati macam ko marah sangat kat sapa-sapa. Lepas geram gitu. Lepas tu bilas dengan air. taraa..siap.

Sabun mandi ni bukan je bole putihkan bontot atau dalam periuk yang hitam, tapi juga pada baju, daki-daki dan kuah tertumpah pada baju. Ha..banyak kelebihan sabun mandi buku ni taw.

Selamat mencuba mak-mak.🤗
Lepas ni mak mentua mai rumah pon tak risau dah kan? Berkilat je semua.hehe

 

Sumber: Foto Cikgu Mala Malik, Kapsyen Hazimah Ashaari

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang