Siakap Keli

Rumah Banyak Sangat Semut? Ini Bancuhan Nak Halau Semut Dari Rumah Korang

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, sudah pasti para ibu bertungkus lumus menyediakan juadah masakan yang istimewa untuk keluarga mereka. Tetapi, ada ‘tetamu yang tidak diundang’ hadir di dalam rumah dan menyebabkan tekanan setiap hari.

Ya, ramai yang menghadapai masalah yang sama apabila ‘Cik Semut’ mula menawan rumah kita. Bukan seekor dua tapi segerombolan semut antaranya semut api dan semut hitam.

Perkongsian daripada wanita ini di laman Facebooknya Yatie Eimra mengenai cara dan ramuan digunakan untuk menghapuskan semut yang sedang bermaharaja lela di dalam rumah.

Stress kalau rumah banyak semut ni. Pantang ada minuman manis atau makanan tumpah, pasti berduyun datang. Ada anak kecik tahu la, ada je tumpah makanan die kat memane. Geram betul sebab sampai ke bekas susu anak pun semut hurung. Tu belum lagi part merayap atas badan dan menggigit masa si kecik ni tidur.

Kebetulan rumah memang dekat gak dengan tempat buang sampah. Macam mana jaga pun, semut tetap gak masuk. Kekadang masuk dari rekahan-rekahan kecik kat dinding, kekadang ikut tingkap dapur, dari balkoni bagai.

Ada yang kata tak boleh bunuh semut. Tapi pernah dengar ceramah ustaz, yang tak boleh tu kalau kita sengaja bunuh atau bakar sarang semut yang tak ada kena mengena dengan kita. Tapi dibolehkan bunuh semut kalau sampai dah mengganggu manusia (masuk rumah, hurung makanan dan menggigit). Camtu jugak kalau semut merosakkan tanam-tanaman sampai buah atau hasilnya terjejas.

Biasanya kalau kat luar rumah, saya guna racun serangga je. Tapi jarang spray kat dalam rumah sebab ada anak kecik. Guna racun serangga organik untuk spray dalam rumah tapi semut tak mati lak. Spray serai wangi pun tak berkesan. Sebelum ni pernah guna beberapa petua halau semut, tapi semuanya mengecewakan.

Huhu.. Yela, petua tu dah terang-terang nak halau je bukan membunuh semut. Memang lah semut xikut laluan tu, tapi die buat jalan baru pulak. Dahtu semut makin banyak.

Ni fakta tentang semut yang korang patut tau supaya memudahkan korang membanteras semut.

1.  Semut dapat detect saki-baki bau gula/manisan walaupun korang rasa korang dah lap sebersih-bersihnya.

2. semut hasilkan bahan kimia masa berjalan supaya die boleh balik ke pangkal jalan aka sarang tanpa sesat.

3.  Kalau korang perasan, semut ni selalu jer ade scout die sekor-2 ronda² kawasan carik punca makanan baru. Kalau xkawal peringkat ni, laluan tu akan jadik jalan baru lak untuk semut hurung makanan. 

4. Kadang-kadang dalam 1 sarang semut, ada lebih dari 1 koloni semut. Kalau korang guna racun jenis serbuk (yang semut makan tu), jangan terkejut pulak kalau lepas 1 spesis tak ade, muncul pulak semut spesis lain. (pernah beberapa kali alami sendiri). 

5. Ini info yang sangat penting.. Kalau korang tak kawal semut kat rumah, populasi semut makin banyak. Bila dah banyak ratu-ratu muda, semut akan mula cari sarang baru. Lepas tu jenuh la korang nak spray serata rumah.

Sekarang untuk membanteras semut.  Kat dapur dan dalam rumah saya gunakan spray serbaguna homemade ni. Yang pasti, selamat digunakan kalau ada anak kecik sekalipun. Kawasan-kawasan yang anak tak boleh capai lak, saya guna racun jenis serbuk (untuk kawal populasi semut yang bersarang dalam rumah). Yang ni boleh beli kat kedai DIY. Alhamdulillah, boleh la lega untuk sebulan dua sebelum semut menyerang balik.

Spray Serbaguna (homemade)

¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

* Bancuhan ni sebenarnya takde sukatan yang tetap pun, tapi kalau cuka terlebih, cat dinding atau perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.
* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.
* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Kegunaan :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka dan sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

Update:
*Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang takde essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis ke dalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.

 

Sumber: Yatie Eimra

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)