Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

“Seeloknya ‘Mittens’ Ni Pakai Jarang-Jarang,” Doktor Ini Dedah Kesan Pemakaian Sarung Tangan Pada Bayi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemakaian sarung tangan pada bayi sememangnya adalah sesuatu perkara yang tidak asing lagi dilihat.

Namun tahukah anda bahawa walaupun pemakaian sarung pada tangan bayi ini boleh membuatkan bayi anda kelihatan comel, akan tetapi jika ianya terus dipakaikan terlalu lama pun tidak elok juga.

Seorang doktor bernama Ahmad Luqman Bukhari ada berkongsikan tentang kesan pemakaian sarung tangan kepada bayi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Geram je saya bila tengok bayi yang dah masuk umur 1 bulan ke atas tapi masih duk kerap pakai sarung tangan baby (baby mittens).

Bukan apa. Kesian kat baby tu. Saya risau mak ayah dia belum tahu yang bayi ni sebenarnya suka sangat explore ‘sense of touch’ sejak lahir lagi. Jari jemari sebolehnya nak sentuh semua benda sebab kelakuan tu akan ransang perkembangan otak dia.

Antara umur 1 bulan hingga 3 bulan, anak kita sepatutnya dah belajar untuk buka tutup genggaman tangan. Rugilah kalau tangan si comel asyik terkurung je dalam mittens.

Nanti dia tak dapat nak tengok bentuk tangan, bermain-main dengan jari jemari dan meneroka apa yang ada sekeliling dia dengan tangan tu.

Mak ayah biarkan saja.

Bila makin banyak sentuhan dan ransangan taktil yang dilakukan, tengoklah nanti makin cepat berkembang otak anak kita. Fuh!

Sebab tu lah seeloknya mittens ni kita pakaikan jarang-jarang je. Lagi bagus, tak usah pakai dah bila anak dah masuk usia 1 bulan. Kita perhatikan je anak kita meneroka dunianya sendiri dengan jari jemari comelnya tu. Hehe.

Tolong sebarkan ilmu mahal ni pada mak ayah yang belum tahu ya. Kita bantu perkembangan otak anak biar semua membesar jadi anak yang bijak insyaAllah.

Sumber: Ahmad Luqman Bukhari

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa