Siakap Keli

Menjelang Ramadhan, Ini Tips Mudah Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Sahur & Berbuka Puasa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjelang Ramadhan, ibu-ibu pasti sibuk di dapur dengan tugasan memasak untuk keluarga. Semuanya harus dilakukan dengan cepat dan pantas terutamanya dalam menyediakan hidangan di waktu sahur.

Bagi memudahkan tugas memasak, apa kata ikuti tips oleh Susun Atur Sioca di Facebook ini dalam menyediakan pes memasak. Hanya menggunakan cara yang mudah, pes yang dibuat sendiri lebih jimat dan tahan lama.

Bukan di bulan puasa sahaja, ianya boleh digunakan pada bila-bila masa bagi membantu ibu-ibu memasak dengan cepat lebih-lebih lagi mereka yang bekerjaya.

Pes mudah sempena Ramadan

Dah lama sebenarnya tak buat pes. Sengaja buat from scratch. Tapi menjelang Ramadan plan kurangkan masa di dapur. So, buat empat pes ni.
1. Pes sambal merah.

Bahan : Cili kering tiga suku periuk, tiga biji bawang merah, ikan bilis segenggam, air asam

Cara : Rebus cili, kisar dengan bawang dan ikan bilis, tumis dengan minyak yang banyak…masuk air asam, garam, gula…lebih kurang 45 minit dah boleh padam api, sejukkan dan simpan chiller.

Tujuan : Buat pelbagai jenis sambal, rencah nasi goreng, rencah mee goreng dan lain-lain.

2. Pes sambal hijau.

Bahan : Cili padi tiga suku blender, tiga biji bawang merah, sebiji tomato, ikan bilis satu cawan (lagi banyak lagi sedap)

Cara : Kisar cili padi dengan bawang, dah halus masukkan tomato dan ikan bilis, kisar kasar dan tumis dengan minyak yang banyak, masukkan garam dan gula, 45 minit dah boleh padam api, tunggu sejuk, simpan chiller.

Tujuan : Buat sambal cili padi, rencah nasi goreng, rencah sayur dll.

Makan dengan nasi panas-panas mereka sahaja pun sodap!

3. Pes bawang merah

4. Pes bawang putih

Hari ni siapkan pes bawang merah & bawang putih pula. Simple sangat caranya.

Blend bawang dengan minyak, letak dalam bekas kering, litupi dengan minyak sebagai pengawet, setel! (resepi kata tak perlu tumis, so kita follow je)

Tips tambahan:

1. Kisar kasar bawang merah supaya ada tekstur

2. Rendam bawang putih, mudah cabut kulit

3. Blend guna minyak, jangan guna air

4. Bekas wajib kering

5. Lapisan minyak halang bawang dari rosak/serap kuman dan sebagainya

6. Berguna untuk buat nasi goreng/masak sayur/masak sup, dan lain-lain

Diharap kerja memasak jadi mudah bulan puasa ni. Nak mudah lagi mudah orang kata. Ish2. Btw, bau pes bawang putih tu sungguh sedap okay, macam garlic spread…

Sumber: Susun Atur Sioca

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.