Siakap Keli
Kredit: Eyra Nissa/Google

Cara Nak Buat Biskut & Bakar Guna Dapur Gas Biasa, Tak Perlu Guna Oven

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Menjelang Ramadhan, pasti ramai ibu yang sudah pun mempunyai pelan menu makanan untuk keluarga. Dari lauk-pauk, manisan hinggalah biskut raya, semuanya sudah bermain-main di kepala. Sayangnya, ketuhar sedia ada rosak pula. Tak perlu risau, kerana kami ingin kongsikan tips membuat biskut menggunakan dapur gas, khas untuk anda.

Dengan menggunakan periuk biasa di atas dapur gas, anda tetap boleh menghasilkan biskut tanpa menggunakan oven.

Tips ini telah dikongsikan Puan Eyra Nissa kepada Siakap Keli. Jom baca.

Ada dua versi, sama ada guna magic pan, atau periuk.

Kalau guna magic pan, panaskan seketika magic pan tu dalam 5 minit, baru lah letakkan biskut yang telah siap dibentukkan. Jika perlu, balik-balikkan biskut tu.

Manakala kalau guna periuk, letak periuk atas dapur, letak pemegang/alas periuk dalam periuk tu, barulah letak loyang atasnya.

tips biskut dapur gas
Gambar: Eyra Nissa

Panaskan dulu periuk tersebut dalam 5 minit, baru masukkan loyang yang telah disusun biskut yang telah dibentuk. Tutup periuk seperti biasa.

Kredit: Tamil Time Pass

Tips paling penting, api kena paling kecil untuk elakkan cepat hangus. Dan biskut tak boleh terlalu tebal sebab hanya akan masak luar sahaja nanti.

Untuk lebih jelas, jom tonton video di bawah,

 

Jadi, dengan tips menggunakan dapur gas ini, bolehlah anda mula berkreativiti di rumah menghasilkan biskut kegemaran untuk keluarga tersayang. Semoga berjaya.

Sumber: Eyra Nissa

Amira

Love yourself.