Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.
Asas di dalam alam perkahwinan ialah kesetiaan dan kejujuran untuk memastikan hubungan suami isteri kekal hingga keakhirnya.
Namun, kehadiran orang ketiga dalam sesebuah institusi keluarga sememangnya boleh membawa bala tak diundang.
Hal ini dikongsi pengacara dan penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya.
Perkongsian di Instagram miliknya itu menunjukkan coretan seorang wanita yang terkejut apabila mengetahui suaminya sudah 10 bulan mengahwini wanita lain dalam diam.
Rahsia mula terdedah apabila sering melihat suaminya resah sepanjang PKP ini.
Sumber: Ahmad Fedtri Yahya