Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video)“Setahun 8 Bulan Kami Menanti,” Bapa Kongsi Rakaman Ainul Keluarkan Suara

Aqmal Ezany

Perkongsian oleh ibu bapa Ainul Mardhiah yang menjadi ‘buah hati’ dalam kebanyakan rakyat Malaysia sering mendapat perhatian warganet. Apa tidaknya, dengan telatah dan gelagatnya yang comel membuatkan ramai orang suka melihatnya.

Terbaru, bapa kepada adik Ainul yang bernama Ahmad Safiuddin menerusi halaman Facebook miliknya berkongsikan rakaman Ainul Mardhiah mengeluarkan suara.

Menurutnya, sudah setahun lapan bulan mereka menanti untuk mendengarkan suara Ainul kerana sejak kelahiran bayi comel itu, mereka belum pernah mendengarnya.

Tidak terlepas, Dr Amalina juga berkongsikan beberapa keping foto dan rakaman Ainul mengeluarkan suara di halaman Twitter miliknya.

Menurutnya, dia menerima gambar-gambar tersebut daripada ibu Ainul sendiri.

Menurut ciapannya melalui akaun Twitter peribadinya, Dr Amalina turut tertarik dengan rambut baru adik Ainul yang dikatakan comel.

Sumber: Ahmad Safiuddin